Dalam perjalanan hidup ini
seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman,
keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai
dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk
merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju
majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman
jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat
kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan
mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita
inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang
bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar
bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau
harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya
tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya
sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak
dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak
tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah
tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita
di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan.
Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun
ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha
mendapatkannya.
"Tiada suatu
bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan
telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang
demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu,
dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya
kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan
diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi
apa yang bukan milikmu!
aku akn berusaha selagi peluang masih ada......doakan aku wahai sahabtku....
ReplyDeletei dah follow u blog..u follow me back.....
salam rindu dr sahabatmu yg jauh ni...